|
INFO
H1N1 UPSI
PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI
Berkaitan
dengan kes H1N1, pihak UPSI memohon semua pelajar UPSI supaya mengkuarantinkan
diri anda bermula 29 Julai 2009 (Rabu) sehingga satu tarikh yang akan diberitahu
kelak. Buat masa ini,semua kuliah dibatalkan sehingga dimaklumkan. Pihak UPSI
dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Batang Padang sedang berusaha untuk mengenalpasti
keseriusan kes ini di UPSI. Maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran
ini secepat mungkin.
Kepada semua kakitangan UPSI, semua aktiviti berjalan seperti biasa.
Sekian harap maklum.
Bahagian Korporat dan Antarabangsa
Universiti Pendidikan Sultan Idris
|